Contoh Pembelaan Bertulis Mutaah

Berikut adalah contoh Pembelaan bertulis untuk Mutaah.

Maaf kerana terpaksa kongsi dalam format gambar/scan. Word file kami hilang selepas hardisk rosak.


















Salam, Terima Kasih

Saman dan Pembelaan

Post kali ini cuma sedikit info mengenai saman yang kami terima dari pihak Plaintif serta Pembelaan dari pihak kami.

Saman dari Plaintif menggunakan borang MS2 dan di dalam saman tersebut, Plaintif menceritakan apa yang terjadi dan juga menyenaraikan kesemua perkara yang dituntut.

Berikut adalah tuntutan-tuntutan Plaintif:

  1. Mutaah sebanyak RM50,000/-
  2. Tunggakkan nafkah sebanyak RM9,700 berdasarkan kadaran RM1,000 untuk 11 bulan
  3. Nafkah Eddah sebanyak RM1,100 utk 32 hari
  4. Nafkah anak sebanyak RM1,000 sebulan
Selain itu, Plaintif juga memohon kos guaman ditanggung oleh Defendan.

Setelah itu, pihak kami memfailkan Pembelaan bertulis menggunakan borang MS16. Kami sendiri tidak pasti apa strategi untuk menulis Pembelaan ini. Oleh kerana itu, kami memilih untuk menulis seperti berikut:

  1. Memberi respon kepada hampir semua pernyataan pihak Plaintif, dari satu perenggan ke perenggan yang lain.
  2. Memberitahu Mahkamah kesemua perkara yang Defendan telah lakukan sepanjang tempoh perkahwinan
  3. Fokus pada kemahuan pihak Defendan
  4. Fokus pada point-point yang membantu Hakim untuk menilai kes (berdasarkan kes-kes terdahulu dan sumber rujukan lain)
  5. Mencuba sebaik mungkin untuk tidak memburukkan pihak Plaintif.
Seperti kami beritahu sebelum-sebelum ini, kami sendiri tidak pasti betul atau tidak cara kami ini. Tetapi harapnya dapat membantu kepada mereka yang tiada sumber rujukan lain. 

Untuk post seterusnya, kami akan kongsi contoh Pembelaan bertulis untuk kes Mutaah, Tunggakan Nafkah Isteri, Nafkah Eddah dan Nafkah Anak.

Salam, Terima kasih.

Prosedur Kes Mahkamah Syariah Kami

Assalamualaikum

Dalam post ini, kami akan kongsi prosedur yang kami lalu sehingga ke bulan ini.

  1. Oktober - Majlis Sulh. Pada hari tersebut, diberi tarikh untuk ke Mahkamah.
  2. November -
    • Sesi Mahkamah pertama (kami datang lenggang kangkung. Sebab ada orang bagitau ketika sesi ini hanya perlu kata "saya tidak setuju dengan segala tuntutan"). Tetapi rupanya pihak Mahkamah mengharapkan Pembelaan bertulis dari Defendan. Disebabkan itu, Mahkamah beri tarikh baru untuk hantar Pembelaan bertulis iaitu pada bulan Disember
  3. Disember - 
    • Pembelaan bertulis tersebut kami failkan di Mahkamah kurang dari dua minggu kerana dokumen perlu difailkan paling lewat seminggu sebelum tarikh sesi Mahkamah. 
    • Ketika sesi ini, ada kesilapan dari pihak kami yang mana semasa sesi terdahulu, kami telah menunggu hampir setengah jam sebelum kes dibincangkan. Jadi untuk sesi kali ni, kami sengaja datang lewat sedikit ke Mahkamah. Tapi bila sampai di Mahkamah, Defendan berselisih dengan peguam Plaintif. Rupanya, peguam Plaintif  sudah berjumpa Hakim memohon penangguhan kes hingga ke Februari 2017. Lama tu.. sedangkan ketika kami mohon masa untuk menyiapkan Pembelaan, berkeras peguam tersebut membantah. Sedikit kecewa masa tu, tapi salah sendiri kan. Jadinya, jangan sengaja lewat hadir sesi Mahkamah okay.
  4. Februari - Sesi akuan sumpah atas Afidavit Keterangan Plaintif
  5. Mac - 
    • Sesi soal balas Plaintif oleh pihak Defendan, kami sudah tulis siap-siap soalan akan ditanya kepada Plaintif. Dari apa yang diceritakan, Defendan tanya je dari senarai soalan kami. Kalau Plaintif jawab, ada lah jawapan. Kalau Plaintif jawab tak tahu, beliau pun biar kan aja. Kelakar la jugak sebab kami memang tiada pengalaman kan. Kira bolehlah ni.
    • Selain itu, Defendan juga menerima Ikatan Dokumen Plaintif pada hari tersebut. Kami tak pasti kalau memang begini procedurnya. Tapi agak pening bagi kami kerana dokumen penting hanya dapat pada hari sesi Mahkamah.
  6. April - 
    • Sesi soal balas Saksi Plaintif oleh Defendan. Kami hanya menerima dokumen Afidavit Keterangan Saksi dua hari sebelum Sesi Mahkamah, sedangkan dokumen ditanda tangani dan difailkan dua minggu sebelum itu. Alasan tidak dapat memberi dokumen adalah sangat tidak masuk akal kerana saksi Plaintif merupakan orang yang hampir setiap hari berjumpa dengan Defendan. Walau bagaimanapun, atas pilihan Defendan, sesi tetap diteruskan.
  7. Jun - 
    • Sebelum sesi ini, kami dikehendaki menghantar Afidavit Keterangan Defendan beserta Ikatan Dokumen. Semua dokumen telah selesai difailkan di Mahkamah,  tetapi pada hari tersebut, Defendan tertinggal hampir semua dokumen asal di rumah.  Disebabkan itu, sesi ditangguh ke Julai. Tu lah, sibuk marah peguam, sekali sendiri pun kena marah dengan Hakim.
  8. July - Sesi soal balas Defendan oleh peguam Plaintif mengenai nafkah anak
  9. Ogos - 
    • Sesi soal balas Defendan oleh peguan Plaintif mengenai Mutaah, Tunggakan Nafkah dan Nafkah Eddah
  10. September - Tarikh tutup untuk memfailkan Hujah bertulis di Mahkamah
  11. November - Tarikh Keputusan oleh Hakim
Sehingga setakat ini, hampir setahun kes perbicaraan ini telah berlangsung. Harapnya tiada lagi penangguhan dari mana-mana pihak.

Selepas ini, InsyaAllah kami akan kongsi contoh Pembelaan bertulis Defendan.

Sekian.

Contoh Pembelaan Bertulis Mutaah

Berikut adalah contoh Pembelaan bertulis untuk Mutaah. Maaf kerana terpaksa kongsi dalam format gambar/scan. Word file kami hilang selep...