Post kali ini cuma sedikit info mengenai saman yang kami terima dari pihak Plaintif serta Pembelaan dari pihak kami.
Saman dari Plaintif menggunakan borang MS2 dan di dalam saman tersebut, Plaintif menceritakan apa yang terjadi dan juga menyenaraikan kesemua perkara yang dituntut.
Berikut adalah tuntutan-tuntutan Plaintif:
- Mutaah sebanyak RM50,000/-
- Tunggakkan nafkah sebanyak RM9,700 berdasarkan kadaran RM1,000 untuk 11 bulan
- Nafkah Eddah sebanyak RM1,100 utk 32 hari
- Nafkah anak sebanyak RM1,000 sebulan
Selain itu, Plaintif juga memohon kos guaman ditanggung oleh Defendan.
Setelah itu, pihak kami memfailkan Pembelaan bertulis menggunakan borang MS16. Kami sendiri tidak pasti apa strategi untuk menulis Pembelaan ini. Oleh kerana itu, kami memilih untuk menulis seperti berikut:
- Memberi respon kepada hampir semua pernyataan pihak Plaintif, dari satu perenggan ke perenggan yang lain.
- Memberitahu Mahkamah kesemua perkara yang Defendan telah lakukan sepanjang tempoh perkahwinan
- Fokus pada kemahuan pihak Defendan
- Fokus pada point-point yang membantu Hakim untuk menilai kes (berdasarkan kes-kes terdahulu dan sumber rujukan lain)
- Mencuba sebaik mungkin untuk tidak memburukkan pihak Plaintif.
Seperti kami beritahu sebelum-sebelum ini, kami sendiri tidak pasti betul atau tidak cara kami ini. Tetapi harapnya dapat membantu kepada mereka yang tiada sumber rujukan lain.
Untuk post seterusnya, kami akan kongsi contoh Pembelaan bertulis untuk kes Mutaah, Tunggakan Nafkah Isteri, Nafkah Eddah dan Nafkah Anak.
Salam, Terima kasih.
No comments:
Post a Comment