Dalam post ini, kami akan kongsi prosedur yang kami lalu sehingga ke bulan ini.
- Oktober - Majlis Sulh. Pada hari tersebut, diberi tarikh untuk ke Mahkamah.
- November -
- Sesi Mahkamah pertama (kami datang lenggang kangkung. Sebab ada orang bagitau ketika sesi ini hanya perlu kata "saya tidak setuju dengan segala tuntutan"). Tetapi rupanya pihak Mahkamah mengharapkan Pembelaan bertulis dari Defendan. Disebabkan itu, Mahkamah beri tarikh baru untuk hantar Pembelaan bertulis iaitu pada bulan Disember
- Disember -
- Pembelaan bertulis tersebut kami failkan di Mahkamah kurang dari dua minggu kerana dokumen perlu difailkan paling lewat seminggu sebelum tarikh sesi Mahkamah.
- Ketika sesi ini, ada kesilapan dari pihak kami yang mana semasa sesi terdahulu, kami telah menunggu hampir setengah jam sebelum kes dibincangkan. Jadi untuk sesi kali ni, kami sengaja datang lewat sedikit ke Mahkamah. Tapi bila sampai di Mahkamah, Defendan berselisih dengan peguam Plaintif. Rupanya, peguam Plaintif sudah berjumpa Hakim memohon penangguhan kes hingga ke Februari 2017. Lama tu.. sedangkan ketika kami mohon masa untuk menyiapkan Pembelaan, berkeras peguam tersebut membantah. Sedikit kecewa masa tu, tapi salah sendiri kan. Jadinya, jangan sengaja lewat hadir sesi Mahkamah okay.
- Februari - Sesi akuan sumpah atas Afidavit Keterangan Plaintif
- Mac -
- Sesi soal balas Plaintif oleh pihak Defendan, kami sudah tulis siap-siap soalan akan ditanya kepada Plaintif. Dari apa yang diceritakan, Defendan tanya je dari senarai soalan kami. Kalau Plaintif jawab, ada lah jawapan. Kalau Plaintif jawab tak tahu, beliau pun biar kan aja. Kelakar la jugak sebab kami memang tiada pengalaman kan. Kira bolehlah ni.
- Selain itu, Defendan juga menerima Ikatan Dokumen Plaintif pada hari tersebut. Kami tak pasti kalau memang begini procedurnya. Tapi agak pening bagi kami kerana dokumen penting hanya dapat pada hari sesi Mahkamah.
- April -
- Sesi soal balas Saksi Plaintif oleh Defendan. Kami hanya menerima dokumen Afidavit Keterangan Saksi dua hari sebelum Sesi Mahkamah, sedangkan dokumen ditanda tangani dan difailkan dua minggu sebelum itu. Alasan tidak dapat memberi dokumen adalah sangat tidak masuk akal kerana saksi Plaintif merupakan orang yang hampir setiap hari berjumpa dengan Defendan. Walau bagaimanapun, atas pilihan Defendan, sesi tetap diteruskan.
- Jun -
- Sebelum sesi ini, kami dikehendaki menghantar Afidavit Keterangan Defendan beserta Ikatan Dokumen. Semua dokumen telah selesai difailkan di Mahkamah, tetapi pada hari tersebut, Defendan tertinggal hampir semua dokumen asal di rumah. Disebabkan itu, sesi ditangguh ke Julai. Tu lah, sibuk marah peguam, sekali sendiri pun kena marah dengan Hakim.
- July - Sesi soal balas Defendan oleh peguam Plaintif mengenai nafkah anak
- Ogos -
- Sesi soal balas Defendan oleh peguan Plaintif mengenai Mutaah, Tunggakan Nafkah dan Nafkah Eddah
- September - Tarikh tutup untuk memfailkan Hujah bertulis di Mahkamah
- November - Tarikh Keputusan oleh Hakim
Sehingga setakat ini, hampir setahun kes perbicaraan ini telah berlangsung. Harapnya tiada lagi penangguhan dari mana-mana pihak.
Selepas ini, InsyaAllah kami akan kongsi contoh Pembelaan bertulis Defendan.
Sekian.
Assalammualaikum, saya Ritzwan. Honestly said saya juga berpengalaman yg sama tp mgkn tak serupa coz skrg sdg dlm kes hadhanah. Mohon klu dpt kita brkongsi sumber yg ada.
ReplyDelete